Tarikh : 20 Oktober 2011

Hari : Sabtu

Masa : 8.oopm

Tempat : Tapak Pesta Konvo, UNIMAS

Ahli Panel : Sahibus Samahah Tuan Haji Kipli bin Yasin

Imam Muda Hasan (Juara Imam Muda Musim Ke-2)

Ustaz Sarbini Dahlan

 

 

smoking bad good

Bilangan perokok di negara ini masih terus meningkat meskipun pelbagai kempen mengenai fatwa Merokok Adalah Haram telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, beliau melihat masih ramai umat Islam negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram tersebut.

“Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram. Oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan mengadakan kerjasama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya,” katanya di sini hari ini.

Othman berkata, antara kerjasama yang dilakukan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Menurutnya, seminar itu juga diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan pada penghujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok.

rujukan : http://mynewshub.my/bm/2011/07/23/ramai-tidak-hirau-fatwa-merokok-adalah-haram/

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

Siapakah Orang Yang..

Posted: June 17, 2011 in INFO, MOTIVASI

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

 

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT? Orang yang kedekut ialah orang yang membaca post ini tapi membiarkannya begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

Siksa Neraka Yang Paling Ringan???

Posted: June 16, 2011 in HADIS

Daripada Nu’man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya.

( HR Bukhari & Muslim )

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Cinta Dunia

Posted: June 14, 2011 in INFO, MOTIVASI

Cinta dunia adalah ujung dari segala bentuk perilaku menyimpang. Allah SWT berfirman ” ketahuilah, bahwa sesugguhnya kehidupan  dunia hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-bangga dengan banyaknya harta dan ank, seperti hujan yang membuat para petani terkagum-kagum dengan tanaman-tanamannya,kemudai tanaman itu menjadai kering dan kamu lihat warnanya menguning lalu hancur. dan diakhirat kelak ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhoanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid[57];20)

 

Hal ini membuat beberapa orang shaleh dan bijak mendefinisikan kehidupan dalam beberapa gambaran :

 

a.  Hidup adalah mimpi, layaknya bunga tidur

b.  Nabi Nuh as. ketika mengecap hidup selama seribu tahun, orang – prang bertanya kepadanya , bagaimana Anda melihat hidup? Ia menjawab, ” Hidup bagaikan                                        rumah yang memiliki dua pintu, dimana aku masuk di satu pintu dan keluar lewat pintu yang lain.

c. Ketika orang sholeh dan bijak ditanya ” Jelaskan kepada kami dunia itu!” Ia menjawab, “Dunia ibarat orang tua yang telah beruban dimana indera penerimanya dan penciumannya sudah tidak berfungsi dengan baik.”

d.  Dunia laksana pencuri bulukan dan ular berbintik-bintik.

 

 

Imam Ahmad berkata,”  Dunia ini memang ajaib. Ketika kita berada bersama anak-anak, tiba-tiba ia mampu memisahkan kita.” Oleh karena itu, Al- Muntanabbi dalam syairnya menggungkapkan ,,,,

 

Dimanakah para penguasa yang berpengalaman

     menimbun kekayaan, tapi tak ada yang abadi, kami maupun mereka

Dari semua menyesaki cakrawala dengan bala tentaranya

    Hingga akhirnya ia dimakamkan dan diselubungi dengan dinding yang sempit

 

Konon katanya, sebelum khalifah Harun Ar-Rashid ajal datang menjemput,ia sempat mengatakan, ” Siapkanlah satu pasukan untukku!” Tak lama kemudian, bawahannya menyiapkan pasukan dan para komandan. Kemudian ia keluar menemui pasukannya dan berujar, ” Duhai Tuhan yang kerajaannya tak pernah hancur, rahmatilah orang-orang yang kerajaannya telah hancur.” Dan selanjutnya, beliau meneruskan dengan memanjatkan doa,

 

” Ya ALLAH, sesungguhnya aku ini bukanlah orang yang baik, maka ampunilah diriku dan aku ini bukanlah orang yang kuat, maka berilah kemenangan. Ya Allah, terimalah diriku bersama hamba2 yang Engkau terima amal kebaikannya.”

 

Lain halnya dengan khalifah Al-Wadid bin Abdul Malik,meronta -ronta diatas tanah sembari menangis pada saat sakaratul maut dan berkata ” Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaanku dariku”( Al- Haqqah[69]: 28-29)

 

Cinta dunia adalah sikap hidup yang mampu memutuskan hubungan silahturahmi , orang-orang yang dicintai dan karib kerabat.

Cinta dunia adalah sikap yang menyebabkan manusia meninggalkan sholat jamaah, kajian ilmu dan mengingat ALLAH swt.

Cinta dunia adalah sikap yang mampu membuat hati menjadi keras dan menyia-yiakan waktu untuk maksiat. Dan jika tidak,  maka dunia bagi anda hanya sebatas apa yang dimakan , lalu membusuk, apa yang anda sedekahkan, kemudian dibagikepada orang lain atau apa yang anda kenakan, lalu lenyap.

 

Perlu diketahui seyakin-yakinnya, bahwa perkara terbaik yang anda persiapkan adalah amal sholeh. Kerna semua yang ada pasti akan musnah, keculai bekal yang dipersiapkan oleh hamba untuk kehidupan akheratnya.

{ sumber : buku “senandung cinta Al Qorny

}http://auzoranarnia.multiply.com/journal/item/16